26/05/2012
Happy Holiday..
Happy Holiday kepada semua warga SKBS.. Isilah masa cuti anda dengan kerja dan aktiviti yang berfaedah.. :)
24/05/2012
PERMAKLUMAN
MAJLIS PELANCARAN SEKOLAH ANAK ANGKAT
PEJABAT PENERANGAN DAERAH SEMPORNA
Tarikh Pelancaran : 26/05/2012
Tempat Pelancaran : Perkarangan SK. BUGAYA
Masa Pelancaran : 7:30 Pgi
Hari Pelancaran : Sabtu
Perasmi Pelancaran
PENOLONG PENGARAH
JABATAN PENERANGAN NEGERI SABAH
BAHAGIAN TELEKOMUNIKASI
*Semua guru, YDP.PIBG & AJK serta ibu bapa/ penjaga murid SK. BUGAYA dijemput hadir ke majlis pelancaran tersebut.
22/05/2012
Permakluman . .
Semua staf dan ibu bapa murid sila ambil perhatian tarikh-tarikh berikut;
1- Hari bertemu pelanggan/ menandatangani profil murid pada 24/ 05/ 2012 jam 7.00- 11.00 pgi.
2- Sambutan HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH pada 25/ 05/ 2012.
3- Cuti akhir semester 1/ 2012
* Bermula pada 26/ 05/ 2012 dan berakhir pada 10/ 06/ 2012. Bersekolah seperti biasa pada 11/ 05/ 2012.
4- Kelas tambahan ;
* 26/ 05/ 2012
* 28/ 05/ 2012
* 29/ 05/ 2012
* 30/ 05/ 2012
1- Hari bertemu pelanggan/ menandatangani profil murid pada 24/ 05/ 2012 jam 7.00- 11.00 pgi.
2- Sambutan HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH pada 25/ 05/ 2012.
3- Cuti akhir semester 1/ 2012
* Bermula pada 26/ 05/ 2012 dan berakhir pada 10/ 06/ 2012. Bersekolah seperti biasa pada 11/ 05/ 2012.
4- Kelas tambahan ;
* 26/ 05/ 2012
* 28/ 05/ 2012
* 29/ 05/ 2012
* 30/ 05/ 2012
17/05/2012
16/05/2012
12/05/2012
PERMAKLUMAN !!
1- Semua guru dikehendaki KEY IN markah DI SAPS pada 15/5/2012.
2- Hantar laporan BERCETAK ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN kepada Guru Kurikulum pada 21/05/2012.
p/s: DIHARAP SEMUA GURU SKBS MENGAMBIL PERHATIAN YANG SEWAJARNYA DAN MENGANGGAP PERKARA INI PENTING !
SELAMAT HARI GURU 2012
"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
09/05/2012
Permakluman !!
1- Peperiksaan Akhir Semester 1/2012
Tarikh : 8-10/05/2012
Masa : 7.00 am- 11.50 am (Sidang Pagi)
: 12.00 t/h-4.50 pm (Sidang Petang)
Hari : Selasa-Jumaat
p/s: Semua guru dan ibu bapa harap maklum dan mengambil perhatian.!
2- Lawatan Pengadil Serasi
* Sk. Bugaya akan dilawat untuk diadili dalam pertandingan "SERASI PERINGKAT NEGERI SABAH"
"anjuran JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH" pada 10.05.2012.
p/s: Semua staf sila ambil perhatian!!
08/05/2012
Senarai Nama Guru Besar Yang Pernah Mentadbir SKBS
Nama
1. Tn. Hj. Sarail Asaali- (1960 - 1963)
1. Tn. Hj. Sarail Asaali- (1960 - 1963)
2. En. Musa Attara- ( 1963 - 1965)
3. Tn. Hj. Sattari Janjani- ( 1965 -1967 )
4. Tn. Hj. Yunus Abd. Rashid- ( 1967 - 1968)
5. Tn. Sh. Ibrahim Sh. Jaafar- ( 1968 - 1971)
6. Tn. Sh. Kassim Sh. Jaafar- ( 1971 -1975 )
7. Tn. Hj. Lipai Johor- ( 1975 - 1978 )
8. En. Abd. Mutalib Abd. Rashid- ( 1978 - 1982)
9. En. Yahyah Ali Akbar- ( 1982 - 1983)
10. Tn. Hj. Yunus Abd. Rashid- ( 1983 - 1987)
11. Datuk Malsli Hj. Abd. Malik- ( 1987 - 1993)
12. Tn. Hj. Abd. Mim Taib- ( 1993 - 2000)
13. Tn. Hj. Omar Ali Hj. Gupurani- ( 2000 - 2008 )
14. Pn. Hjh. Rusizah Basiran- ( 2009 - KINI)
07/05/2012
Tafsiran LOGO Sekolah.
Bentuk - Bentuk keseluruhan yang berwarna merah adalah berbentuk bunga raya, bunga raya adalah bunga kebangsaan dan bunga ini juga tumbuh dengan subur di kawasan sekolah.
Bulan dan Bintang - Adalah melambangkan
keagamaan, iaitu melambangkan agama Islam agama rasmi Negara dan rata-rata murid-murid sekolah ini beragama Islam. Walaupun begitu sekolah ini mengamalkan konsep kebebasan beragama.
Pena, Buku Terbuka dan Dua Belah Tangan
Tebuka - Adalah elemen penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan setelah berusaha sedaya upaya pasrah dengan memohon doa kepada Illahi agar apa yang diimpikan akan tercapai dengan jayanya.
Warna Hijau - Diibaratkan murid yang subur perlu dibimbing dan penerapan konsep kasih sayang.
Warna Biru Dan Bulatan - Melambangkan
perpaduan dan permuafakatan diantara staf, murid dan masyarakat setempat.
Warna Kuning - Malaysia adalah mengamalkan
pemerintahan beraja dan berperlambagaan.
Lima Kelopak Bunga - Adalah melambangkan
5 Rukun Islam, 5 Prinsip Rukun Negara,
5 Pencapaian Tertinggi Dalam UPSR iaitu 5A dan
5 Orang Pentadbir Sekolah sebagai pengemudi arah tuju sekolah iaitu Guru Besar dan 4 Guru Penolong
Kanan
06/05/2012
IKRAR SEKOLAH
IKRAR SEKOLAH
Bahawasanya, maka kami murid-murid sekolah ini, berikrar akan belajar bersunguh-sungguh serta berusaha dan akan menumpukan seluruh tenaga kami untuk mencapai cita-cita rukun negara, berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:-
Kepercayaan Kepada Tuhan,
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-Undang,
Keseopanan Dan Kesusilaan
04/05/2012
VISI DAN MISI SEKOLAH & FALSAFAH SEKOLAH
VISI SEKOLAH- Pendidikan Berkualiti Penjana Modal Insan
Unggul
MISI SEKOLAH- Membangunkan Pengpurusan Pendidikan Untuk Mewujudkan Organisasi Pendidikan Terbilang Menjelang Tahun 2016
FALSAFAH SEKOLAH- Meningkatkan Kecemerlangan Ke Arah Pembentukan Insan Yang Seimbang Dan Berketrampilan Serta Berbudaya Saing Untuk Mencapai Matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
03/05/2012
Sekilas Pandang Sejarah Sekolah.
SK. Bugaya adalah merupakan Sekolah Harian Gred A Luar Bandar. Ia terletak di kawasan Kampung Bugaya, jaraknya lebih kurang 10km dari Pekan Semporna. Kampung-kampung yang berhampiran dengannya ialah Kg. Bugaya Darat, Kg. Seri Melor, Kg. Seraya, Kg. Bohey Lima, Bukit Sakong, Labun Senang, Kg. Indani, Kg. Tonggulangan dan Kg. Sg. Gajah. Kampung-kampung berkenaan adalah asal tempat tinggal murid-murid yang bersekolah di sini. SK. Bugaya boleh dihubungi dengan menggunakan jalan raya.
Atas daya usaha masyarakat kampung sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1960 yang dikenali dengan nama Native Voulantry School ( NVS ) Senang Hati, lebih kurang 2 km jaraknya dari tapak sekarang. NVS. Senang Hati pada ketika mula ditubuhkan hanya mempunyai 1 blok bangunan papan beratap zink dan tenaga pengajar seramai 3 orang termasuk Guru Besar serta 60 orang murid. Guru Besar yang pertama mentadbir NVS Senang ialah Tn. Hj. Sarail Asaali.
Perubahan pendidikan begitu pantasmengikut peredaran masa dan pemikiran masyarakat semakin terbuka, masyarakat berusaha memindahkan tapak NVS Senang Hati ke lokasi yang sesuai, daya usaha masyarakat kampung akhirnya berjaya memindahkan lokasi sekolah ke tapak sekarang pada tahun 1963. Beberapa tahun kemudian NVS. Senang Hati diambil alih oleh kerajaan dan berubah nama kepada SRK. Bugaya dan yang terakhir SK. Bugaya sehingga sekarang.
Keluasan keseluruhan sekolah ini ialah 7 ekar, mempunyai 2 Blok Kelas 3 Tingkat, 1 Blok Bagunan Pra Sekolah, 1 Blok Banguan Makmal Komputer, 2 bilik PSS, Puast Akses, 2 Kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. 6 Unit Rumah Guru, 1 Unit Flat Guru 4 Tingkat, 1 Bilik. Kelas Muzik, 2 Bilik Klinik Pergigian, Bilik Gerakan 1 Kelas Bengkel Kemahiran Hidup, 1 Kelas Makmal Sains, Bilik Guru dan 1 Bangunan Kantin Sekolah.
Jumlah keseluruhan murid sekolah ini seramai 917 orang, 66 orang tenaga pengajar termasuk Guru Besar, 4 Penolong Kanan, 5 orang Guru Kelas Pendidikan Khas, 2 orang Guru Pra Sekolah dan 10 orang AKS ( KTBM ). Sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Semporna,. Sekarang sekolah ini di bawah Pentadbiran Pn. Hjh. Rusizah Basiran.