07/05/2012

Tafsiran LOGO Sekolah.


Bentuk -  Bentuk keseluruhan yang berwarna merah adalah berbentuk bunga raya, bunga raya adalah bunga kebangsaan dan bunga ini juga tumbuh dengan subur di kawasan sekolah.

Bulan dan Bintang -  Adalah melambangkan   
keagamaan, iaitu  melambangkan agama Islam agama rasmi Negara dan rata-rata murid-murid sekolah ini  beragama Islam. Walaupun begitu  sekolah ini mengamalkan konsep kebebasan beragama.

Pena, Buku Terbuka dan Dua Belah Tangan
Tebuka -  Adalah elemen penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan setelah berusaha sedaya upaya pasrah dengan memohon doa kepada Illahi agar apa yang diimpikan akan tercapai dengan jayanya.

Warna Hijau - Diibaratkan murid yang subur perlu dibimbing dan penerapan konsep kasih sayang.

Warna Biru Dan Bulatan - Melambangkan
perpaduan dan permuafakatan diantara staf, murid dan masyarakat setempat.

Warna Kuning - Malaysia adalah mengamalkan
pemerintahan beraja dan berperlambagaan.

Lima Kelopak Bunga - Adalah melambangkan
5 Rukun Islam, 5 Prinsip Rukun Negara,
5 Pencapaian Tertinggi Dalam UPSR iaitu 5A dan
5 Orang Pentadbir Sekolah sebagai pengemudi arah tuju sekolah iaitu Guru Besar dan 4 Guru Penolong
Kanan

No comments:

Post a Comment

 
SKBS (En.Mohd Sahim Bin Hj Abdul Rasid)