Bentuk - Bentuk keseluruhan yang berwarna merah adalah berbentuk bunga raya, bunga raya adalah bunga kebangsaan dan bunga ini juga tumbuh dengan subur di kawasan sekolah.
Bulan dan Bintang - Adalah melambangkan
keagamaan, iaitu melambangkan agama Islam agama rasmi Negara dan rata-rata murid-murid sekolah ini beragama Islam. Walaupun begitu sekolah ini mengamalkan konsep kebebasan beragama.
Pena, Buku Terbuka dan Dua Belah Tangan
Tebuka - Adalah elemen penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan setelah berusaha sedaya upaya pasrah dengan memohon doa kepada Illahi agar apa yang diimpikan akan tercapai dengan jayanya.
Warna Hijau - Diibaratkan murid yang subur perlu dibimbing dan penerapan konsep kasih sayang.
Warna Biru Dan Bulatan - Melambangkan
perpaduan dan permuafakatan diantara staf, murid dan masyarakat setempat.
Warna Kuning - Malaysia adalah mengamalkan
pemerintahan beraja dan berperlambagaan.
Lima Kelopak Bunga - Adalah melambangkan
5 Rukun Islam, 5 Prinsip Rukun Negara,
5 Pencapaian Tertinggi Dalam UPSR iaitu 5A dan
5 Orang Pentadbir Sekolah sebagai pengemudi arah tuju sekolah iaitu Guru Besar dan 4 Guru Penolong
Kanan
No comments:
Post a Comment