Peraturan-peraturan Sekolah

1.     Kehadiran Persekolahan

PAGI                     06.50 pagi – 12.45 tengah hari                            ( ISNIN & SELASA )
                              06.50 pagi – 11.55 pagi                                       ( RABU & KHAMIS )
                              06.50 pagi – 11.25 pagi                                       ( JUMAAT )

PETANG               12.25 tengah hari                                                ( ISNIN & KHAMIS )
              12.55 tengah hari                                                ( SELASA & RABU )
                              11.25 pagi                                                           ( JUMAAT )

Kelas Tambahan ( Skim Baucer Tuisyen )
TAHAP  2             12.45 petang – 05.00 petang                              ( KHAMIS )

Kelas Tasmik ( j-Qaf )
THN     1                12.30 tengah hari – 01.25 petang                      ( SELASA )
THN     2                11.55 tengah hari – 12.55 petang                      ( RABU )
THN     3                11.55 tengah hari – 12.55 petang                      ( KHAMIS )
THN     4                12.25 tengah hari – 01.25 petang                      ( ISNIN )

GERKO / KO-KURIKULUM
Tahun 3 & 4           2.00 – 3.00 petang         ( RABU )                       ( 60 minit seminggu )
Tahun 5 & 6           2.00 – 4.00 petang         ( RABU )                       ( 120 minit seminggu )

*tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa

  I.          Hari Rabu – Kegiatan Ko-Kurikulum.  ( Tahun 3,4,5,6 )
II.        Semua murid tidak dibenarkan pulang ke rumah atau keluar dari kawasan sekolah semasa kelas atau pada waktu rehat kecuali mendapat   kebenaran/keizinan dari guru bertugas atau pihak pentadbir sekolah.
III.       Semasa belajar semua murid mestilah berada di dalam kelas dan tidak dibenarkan merayau ke mana-mana kecuali membawa bersama kad kebenaran keluar.
IV.       Semasa rehat semua murid tidak dibenarkan berada didalam kelas.
V.          Sebelum kelas pertama bermula, semua murid diwajibkan berkumpul di tapak perhimpunan pada hari isnin sahaja.
VI.       Semua murid tidak dibenarkan datang lewat ke sekolah.
VII.  Murid – murid yang tidak dapat datang ke sekolah oleh sebab-sebab tertentu hendaklah mengemukakan surat daripada doktor/ibubapa/penjaga.
VIII.          Semua murid hendaklah beratur ketika bergerak ke kantin / bilik muzik / pusat sumber / bilik tayangan / makmal sains / surau / semasa hendak pergi dan pulang.
IX.    Bagi murid yang sakit dan memerlukan rawatan doktor tidak boleh meninggalkan kawasan sekolah selain mendapat surat kebenaran memohon rawatan sakit daripada guru bertugas. Murid yang tinggal berdekatan kawasan sekolah akan terus dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan.
X.          Murid yang tidak hadir tiga hari berturut-turut tanpa sebab akan diberi surat amaran / tindakan disiplin. ( memanggil kedua ibubapa/penjaga bagi memberi penjelasan)

2.     Waktu Rehat
PAGI                  9.30 – 9.50 Pagi                                ( 15 minit )
PETANG           3.00 _ 3.30Petang                             ( 15 minit )

3.     Perhimpunan Sekolah

  I.     Perhimpunan akan di adakan sekali seminggu ( ISNIN ) kecuali mendapat arahan sebaliknya daripada Guru Besar / Penolong- Penolong Kanan.
II.     Semua murid mestilah berbaris berdua – dua mengikut kelas masing-masing yang telah ditentukan.
III.     Semasa menyanyikan lagu NegaraKu, Sabah Tanah Airku dan lagu sekolah, semua murid mestilah berdiri tegak dan menghadap bendera.
IV.     Semua murid hendaklah diam dan mendengar dengan teliti setiap pengumuman / nasihat dan arahan yang di sampaikan oleh setiap guru.

4.     Pakaian Seragam Murid Lelaki ( Rujuk Lampiran )

  I.     Baju – Kemeja putih berlengan pendek/panjang berkocek. Bagi yang berlenggan panjang hendaklah berbutang dan tidak boleh dilipat.
II.     Baju dalam ( singlet ) mestilah berwarna putih sahaja.
III.     Seluar – panjang berwarna biru tua ( blue Black )
-      Sekiranya bertali pinggang  kepalanya hendaklah dari jenis yang tidak besar / berhias
-      Potongan seluar biasa, tidak ketat dan tidak lebar ( baggy ), poket tidak lebih daripada tiga, 1 poket di belakang dan bukaanya mestilah jenis bertampal
-      Ukuran panjang seluar mestilah menutupi buku lali dan tidak menutupi tumit kasut
-      Jenis jeans tidak dibenarkan.
-      Seluar mestilah berzip.
IV.     Kasut kanvas berwarna putih sepenuhnya, kasut bertumit tidak dibenarkan
-      Pengawas sekolah  / pengawas Pusat Sumber : kasut berwarna hitam ( stail bulldong tidak dibenarkan )
-      Stokin hendaklah di pakai setiap hari persekolahan
-      Stokin yang di pakai hendaklah menutupi buku lali
-      Murid di larang mewarnakan stokin
V.     Lencana sekolah – hendaklah ditampalkan pada pakaian seragam sekolah:
I.         Murid Lelaki  : di kocek baju
II.       Murid perempuan : di sebelah kiri tudung kepala
III.      Tanda Nama murid hendaklah di letakan diatas lencana sekolah


5.     Pakaian Seragam Murid Perempuan ( Rujuk Lampiaran )

  I.     Baju kurung potongan tradisional, leher teluk belanga sahaja
II.     Tudung kepala berbentuk tiga segi dua sama berwarna putih dan bersesuaian dengan murid yang memakainya
III.     Kain warna biru tua ( blue black ) jenis berkilat dan bersulam tidak di benarkan.
IV.     Pemakaian kerongsang tidak dibenarkan, pin untuk tudung mestilah sama warna dengan tudung.

6.          Pakaian Semasa Pendidikan Jasmani / Hari Ko-Kurikulum ( GERKO)

  I.          Semasa pendidikan jasmani
    Lelaki                 :         Baju T putih berkolar dan Seluar Track Bottom berwarna gelap
   Perempuan      :         Baju T berkolar ( lenggan Panjang ) putih dan seluar Track bottom berwarna gelap
Tudung kepala putih / hitam dan dimasukan kedalam baju
*Baju / seluar ketat ( fit ) tidak dibenarkan
II.          Semasa Hari Ko-Kurikulum (GERKO )
*sama seperti di atas
Semasa aktiviti unit berunifrom        :     hendaklah memakai pakaian unit berunifrom yang telah ditetapkan

7.          Rambut
I.       Semua murid lelaki hendaklah berambut ala tentera . ( ukuran 1 dan 2 sahaja )
II.     Semua murid lelaki dilarang berambut panjang. Istilah rambut panjang adalah seperti berikut:-
a)        Belakang    :     Rambut jatuh melebihi garisan bawah cuping telinga
b)        Depan         :     Rambut menutup garisan tengah dahi
c)        Tepi             :     Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan jambang melebihi garisan tengah hidung.
d)        Rambut melebihi 5cm adalah panjang
e)        Murid perempuan yang bukan beragama islam hendaklah mengikat rambut dengan kemas dan rapi dengan menggunakan gelang getah hitam / putih sahaja.
f)         Gelang getah berwarna warni tidak dibenarkan. Tocang berfesyen juga tidak dibenarkan
g)        Songkok berwarna hitam sahaja yang dibenarkan.
h)        Pemakaian minyak rambut jenis gel atau yang mengeraskan rambut adalah dilarang.

8.          Tali Leher
I.       Tali leher wajib di pakai setiap hari persekolahan dan majlis-majlis rasmi sekolah.
II.     Murid biasa warna biru muda
III.    Pengawas / pengawas pusat sumber warna maron
IV.    Tali leher tidak boleh di longgarkan kecuali semasa berada di dalam kelas
V.     Tali leher tidak boleh ditanggalkan semasa di kawasan sekolah kecuali semasa melepasi pintu pagar utama sekolah
VI.    Murid hanya boleh menulis nama di bahagian belakang tali leher sahaja,dilarang menconteng dan melukis.
VII.  Murid yang tidak memakai tali leher pada hari persekolahan tanpa sebab akan dikenakan denda sebanyak rm0.50 dan akan direkodkan.

9.          Tali Pinggang
I.       Berwarna hitam atau hijau gelap sahaja
II.     Tali  pinggang hendaklah berukuran 2.5cm. (1inci)
III.    Tali pinggang berkepala besi penuh tidak dibenarkan

10.  Perhiasan
I.       Murid-murid di larang memakai gincu,bulu mata palsu, celak, bedak berwarna dan mencabut bulu kening.
II.     Murid-murid juga di larang berkuku panjang atau diwarnakan. ( hendaklah memastikan kuku sentiasa di potong dan bersih )
III.    Murid-murid juga dilarang memakai barang kemas seperti cincin, gelang tangan / kaki, rantai, subang dan sebagainya.

11.  Amal Ibadat
I.       Pelajar islam digalakan mengamalkan amal ibadat pada masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah atau atas kebenaran guru.
II.     Murid digalakan solat zohor berjemaah selepas tamat sesi persekolahan terutamanya bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan sekolah.
III.    Murid-murid dilarang sama sekali mencemar / menghina amalan / kesucian amalan sebarang agama.

12.  Bahasa
I.       Hanya bahasa Malaysia ( bahasa melayu ) dan bahasa inggeris sahaja boleh digunakan dalam situasi rasmi. Manakala bahasa Arab dan bahasa Inggeris boleh digunakan dalam situasi tidak rasmi di kawasan sekolah untuk meningkatkan pengguasaan bahasa-bahasa tersebut.
13.  Kegiatan Ko-kurikulum dan Kelas Tambahan
I.       Semua murid tahun 3,4,5 dan 6 diwajibkan masuk sekurang-kurangnya satu persatuan akademik, dan satu unit beruniform, dan persatuan Sukan dan Permainan adalah pilihan.
II.     Semua murid tahun 3,4,5 dan 6 yang mewakili rumah sukan adalah wajib datang berlatih pada hari-hari yang ditetapkan kecuali mendapat keizinan daripada guru berkenaan.
III.    Adalah menjadi kewajipan murid untuk menghadiri apa sahaja aktiviti yang dijalankan di sekolah.
IV.    Semua murid mestilah mematuhi peraturan kelab / persatuan.
V.     Semua murid wajib hadir semasa kelas tambahan diadakan kecuali diatas kebenaran guru.

14.  Kebersihan
I.       Semua murid mestilah menjaga kebersihan pakaian seragam masing-masing.
II.     Semua murid mestilah menjaga kebersihan kawasan sekolah dan tidak dibenarkan membuang sampah sewenang-wenangnya. Gunakan tong-tong sampah yang telah disediakan.
III.    Semua murid mestilah membersihkan bilik darjah pada setiap pagi dan sebelum pulang dari sekolah.
IV.    Semua murid dikehendaki menggunakan tandas dengan cara yang betul.
V.     Semua murid dilarang meludah di merata-rata tempat di kawasan sekolah.
VI.    Murid yang didapati membuang sampah di merata-rata tempat akan dikenakan denda sebanyak rm0.50 dan akan direkodkan.

15.       Adab Semasa Berurusan
I.       Semasa hendak berjumpa dengan Guru Besar, Penolong-penolong kanan, guru-guru dan kerani sekolah hendaklah berpakaian kemas dan menunjukkan keperibadian yang baik. Mesti membawa kad kebenaran keluar. Murid yang berambut panjang, berpakaian selekeh tidak akan dilayan.

16.       Harta Benda Sekolah
I.       Murid yang merosakkan, menghilangkan atau bersubahat merosakkan harta benda sekolah dikehendaki membayar ganti rugi yang setimpal dengan harga barangan tersebut.
II.     Harta benda sekolah tidak boleh digunakan tanpa kebenaran daripada guru kelas, guru-guru Penolong Kanan, atau Guru Besar.
III.    Semua murid adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan hartabenda sekolah pada setiap masa.

17.       Bilik Darjah
I.       Kerusi meja hendaklah disusun kemas dan teratur.
II.     Gambar, gambar rajah dan bahan-bahan bantu mengajar yang ditampal di dinding adalah yang bersesuaian.
III.    Kebersihan bilik darjah hendaklah dijaga mengikut giliran jadual bertugas kelas masing-masing.
IV.    Kebersihan serta kekemasan kawasan sekeliling bilik darjah hendaklah dijaga dengan baik dan teratur.

18.       Buku Teks
I.       Buku-buku teks yang dipinjamkan kepada murid-murid di bawah Skim Pinjaman Buku Teks hendaklah dijaga kebersihanya. Buku-buku tersebut hendaklah dibawah balik dan tidak ditinggalkan didalam bilik darjah.
II.     Buku-buku yang dipinjam hendaklah dibalut dengan pembalut lutsinar
III.    Hanya peminjam rasmi sahaja yang layak menggunakanya melainkan mendapat kebenaran dari pihak sekolah.
IV.    Murid-murid dilarang menconteng, mengotori, merosakkan, mengunting atau menekap gambarajah-gambarajah atau sebagainya didalam dan diluar buku tersebut.
V.     Jika larangan diatas tidak dipatuhi, pihak sekolah berhak menarik balik atau meminta ganti rugi mana-mana buku teks yang hilang atau  rosak.
VI.    Buku-buku pinjaman hendaklah dipulangkan pada masa yang ditetapak oleh pihak sekolah.
VII.  Kegagalan mematuhi syarat ini, hukuman dalam bentuk denda akan dikenakan, jika murid berkenaan masih meneruskan persekolahanya, mereka tidak dibenarkan meminjam buku teks pada tahun tersebut.
VIII. Murid yang bertukar atau berhenti sekolah hendaklah memulangkan buku teks yang dipinjam kepada pihak sekolah sebelum ia meninggalkan sekolah.

19.       Buku Latihan / Buku Aktiviti
I.       Setiap murid wajib memiliki buku latihan yang telah ditetapkan mengikut keperluan pembelajaran.
II.     Setiap buku wajib dibalut dan dijaga dengan baik.

20.       Peralatan sukan
I.       Penggunaan peralatan sukan mestilah dengan kebenaran guru Pendidikan Jasmani
II.     Gunu dengan cermat dan berhati-hati terutama peralatan yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.
III.    Peralatan yang telah digunakan hendaklah disimpan ke tempat asalnya.
IV.    Peralatan yang dipinjamkan kepada murid-murid seperti jersi hendaklah dijaga dengan baik. Sebarang kehilangan hendaklah diganti.
V.     Penggunaan padang / gelenggang sekolah hendaklah mendapat kebenaran dari pihak sekolah.

21.       Tandas
I.       Semua murid adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan tandas.
II.     Dilarang membuang sampah didalam sinki dan mangkuk tandas.
III.    Setelah selesai menggunakan tandas, hendaklah menyiram dan membersihkanya
IV.    Pelajar lelaki hanya dibenarkan ke tandas seorang sahaja, mamakala pelajar perempuan dua orang
V.     Hendaklah mendapat kebenaran guru dan membawa kad kebenaran keluar semasa hendak ketandas.
VI.    Murid yang didapati berada lama di tandas akan dianggap sebagai ponteng kelas kecuali bagi kes-kes tertentu. Murid lelaki dilarang masuk ke tandas perempuan dan begitulah sebaliknya. Pastikan tidak berlaku pembaziran air.


22.       Kantin sekolah
I.       Murid tidak dibenarkan membeli makanan ketika sesi pembelajaran atau semasa penukaran waktu belajar.
II.     Hendaklah beratur ketika membeli, tidak membuat bising dan bertolak ansur.
III.    Jangan biarkan sisa-sisa makanan tertinggal diatas meja atau lantai kantin. Jaga kerbersihan semasa makan dan minum. Pinggan dan gelas yang telah digunakan hendaklah disimpan ditempat yang telah disediakan.
IV.    Jangan sekali-kali membuang pembungkus sampah atau pembungkus makanan diatas lantai kantin atau mana-mana kawasan sekolah. Gunakan tong sampah yang telah disediakan.
V.     Semua murid hanya dibenarkan membeli dikantin sekolah sahaja.

23.       Keselamatan
I.       Murid-murid adalah di kehendaki beratur dengan tertib sewaktu hendak pulang.
II.     Janga bermain didalam bilik darjag semasa ketiadaan guru.
III.    Murid-murid tidak dibenarkan bermain-main di tempat-tempat yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain.
IV.    Melakukan sesuatu kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain adalah dilarang sama sekali.
V.     Jangan membawa senjata, benda-benda tajam dan seumpamanya yang boleh mencederakan orang lain dan diri sendiri. Kecuali alat-alat yang berkaitandenagan pembelajaran dan mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.
VI.    Semua murid di kehendaki mematuhi peraturan keselamatan jalan raya semasa hadir ke sekolah dan sewaktu pulang.
VII.  Semasa menaiki dan turun dari bas / kereta murid-murid tidak dibenarkan berebut-rebut, berlari-lari, bergurau senda dan menjerit-jerit dan boleh menyebabkan kelalaian yang dapat mengakibatkan kemalangan.

24.       Kenderaan
  I.          Semua kenderaan persendirian atau bas sekolah yang mengambil murid-murid dikehendaki berada di luar kawasan sekolah.
II.          Semua kenderaan hanya akan dibenarkan mengambil murid-murid setelah loceng terakhir berbunyi.
III.          Semua kenderaan dilarang membunyikan hon atau muzik dengan kuat di kawasan sekolah. ( undang-undang jalanraya)
IV.          Kenderaan yang diletakan di luar kawasan sekolah hendaklah mempastikan tidak menghalang jalan utama.

25.       Telefon Bimbit / Telefon Selular ( Handphone )
  I.          Pelajar tidak digalakkan membawa telefon bimbit ke sekolah
II.          Pelajar yang ingin membawa telefon bimbit ke sekolah dengan tujuan untuk menghubungi ibubapa / penjaga hendaklah mematuhi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
III.          Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab diatas kehilangan, kerosakan dan sebagainya.

26.       Wang saku / Belanja
  I.          Semua murid tidak digalakkan membawa duit yang berlebihan, cukup untuk sekadar belanja harian sahaja.
II.          Semua murid dilarang menyimpan duit di dalam beg sekolah, semua duit kelas yang dikumpulkan hendaklah diserahkan kepada guru berkenaan.
III.          Sebarang kehilangan akibat kecuaian sendiri, pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab.
IV.          Semua murid yang didapati mencuri duit atau apa-apa barang murid lain boleh dikenakan tindakan tatatertib.

27.       Rehat
  I.          Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah sewaktu rehat kecuali dengan kebenaran guru.
II.          Makan dan minum hendaklah di kantin sekolah atau tempat-tempat yang dibenarkan oleh pihak sekolah.
III.          Semasa rehat murid dilarang berlari-lari, bermain-main di kawasan kantin, koridor sekolah, di kawasan pejabat pentadbiran dan kawasan larangan.
IV.          Permainan yang boleh mendatangkan kemudaratan adalah dilarang.
V.          Semua murid adalah dilarang keluar dari kawasan sekolah kecuali mendapat kebenaran daripada guru disiplin atau guru kelas.

28.       Latihan kebakaran dan Kecemasan
  I.          Semasa mendengar loceng kecemasan murid-murid hendaklah tenang dan keluar dari bilik darjah dengan teratur.
II.          Semua murid hendaklah mendengar dan mematuhi arahan guru ke tempat yang selamat.
III.          Murid-murid tidak di benarkan berkeliaran atau mendekati tempat kebakaran berlaku.

29.       Ujian / Peperiksaan
  I.          Kehadiran dalam ujian / peperiksaan adalah wajib.
II.          Murid0murid yang menpersendakan ujian / peperiksaan dalam apa jua bentuk sekalipun dianggap melakukan kesalahan berat dan akan dikenakan hukuman.
III.          Semua murid mestilah bersih dari segi penyelewengan atau ketidak jujuran dalan ujian / peperiksaan.

30.       Proses Pembelajaran Dalam Bilik Darjah

  I.          Semua murid mesti mengucap salam ketika guru masuk atau keluar dari bilik darjah.
II.          Semua murid mesti memberikan perhatian sepenuhnya semasa guru sedang mengajar.
III.          Adalah dilarang sama sekali makan,berjalan, membuat bising dan mengganggu orang lain.

31.       Lawatan Dan Pelawat
  I.          Lawatan atas nama pertubuhan / persatuan sekolah sahaja di benarkan.
II.          Perserta wajib mendapat kebenaran dari pihak sekolah, pihak yang dilawat dan ibubapa / penjaga terlebih dahulu.
III.          Setiap pelawat / penjaga / ibubapa yang hendak berjumpa dengan seseorang murid perlu mendapat kebenaran dari pihak pentadbir.

32.       Bayaran Sekolah
  I.          Bayaran-bayaran sekolah hendaklah dijelaskan oleh semua murid apabila mendapat kebenaran dari pihak pentadbir sekolah.
II.          Pihak sekolah berhak menghantar surat tuntutan kepada ibubapa / penjaga mengenai bayaran-nayaran ini.
III.          Tidak ada murid yang dikecualikan daripada tuntutan bayaran.

33.       Penggunaan Bilik Kemahiran Hidup, Bilik j-Qaf, Bilik Muzik, Bilik Pemulihan, Pusat Sumber, Pusat Akses, Bilik APD, Makmal Sains dan Sebagainya.

  I.          Semua murid wajib mengikuti pelajaran yang telah ditetapkan.
II.          Semua murid perlu beratur ketika pergi / balik dari bilik-bilik tersebut.
III.          Penggunaan bilik-bilik tersebut adalah di bawah pengawasan guru-guru terlibat.
IV.          Dilarang menyentuh, mengalih dan mengambil barang-barang yang terdapat di dalam bilik-bilik tersebut tanpa kebenaran.

34.       Skim Susu Sekolah
  I.          Semua murid layak mendapat bantuan susu segar secara percuma.
II.          Murid dibenarkan meminum susu tersebut hanya pada waktu rehat sahaja.
III.          Kotak susu yang kosong hendaklah dibuang kedalam tong sampah.
IV.          Adalah menjadi kesalahan sekiranya susu tersebut di bawa pulang tanpa alasan dan kebenaran pihak sekolah.
V.          Susu segar sekolah tidak boleh diniagakan atau dijualbeli.


 
SKBS (En.Mohd Sahim Bin Hj Abdul Rasid)